Tuesday, May 8, 2012

First Time Join Contest.....

Assalamualaikum.....

Di pagi hari sedang melayari internet, tetibe terpandang satu contest by Canon Delighting You Always.....The IXUS Celebrate Style Photo Contest.....Ok, aku join......bhahahahaha.....

Aku bajet diri sendiri GEEK padahal aku belum pun tahu apa maksud sebenar geeky tu....patutlah dulu masa amik MUET aku cuma dapat band 3 tapi hairan kenapa ramai orang akan tanya aku bila nak translate english-malay.......tapi, tak mengapa....itu bukanlah penting mana pun kan????

So, kalau korang teruja nak join gak contest ni, marilah beramai-ramai kita menyertai ini contest.....

1: Pastikan korang ada line internet ye?? yang takde, boleh la berlari pergi ke cc...jangan lupa bawak pendrive sekali....
2: Pegi kat website INI.....aku dah test link tu...confirm leh guna....pegi kat bahagian contest punya bahagian....camni...
3: Kat bawah tu de link untuk join.....bertindak mengikut arahan....jangan nak belagak advance sangat ye, nanti dikhuatiri akan sesat jalan pula......
4: Lastly, leh la share kat facebook ke, twitter ke, blog ke, tagged ke....apa sahajalah asalkan usaha dan niat yang penting....moga-moga akan ramai yang akan vote korang.....amin......

Apa tunggu lagi......marilah ramai-ramai memeriahkan contest ni.....mana tahu dapat camera IXUS 240 HS itu...dah tak payah beli guna duit sendiri....iye tak????

sebab aku pun join, silalah meng-vote aku.....kat SINI......semoga kita sama-sama berjaya.......

Thursday, May 3, 2012

HR calon isteri/suami terbaik...Faktor Dan Alasan

Assalamualaikum....

Hye korang... entri ni aku cipta khas untuk HR'es sekalian kat luar sana....dan juga kepada mereka yang sedang berkasih-kasihan dengan HR....aku juga HR, jadi haruslah aku nak kene kasi up seangkatan ngan aku kan???  buat hencek-hencek yang masih tak taw atau taw tapi buat-buat tak taw sebab takde idea nak tanya mende natang HR ni, bak mari gaji korang kat aku....HR pun taktaw, gaji cukup masa taw nak ada dalam account je....

Jadi, kenapa aku nak sukahati cakap korang patut buat HR jadi calon isteri/suami korang????meh kita explore satu-satu....sumber point utama ialah skop asal HR yang aku dah ikut suka aku ubah huraiannya....enjoy.....


-to choose or not to choose-

1 : PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN.......atau dalam frasa asalnya RECRUITMENT AND SELECTION....ni function yang paling penting dalam organisasi.....korang sepatutnya tahu keberjayaan organisasi tu bergantung kat pekerjanya....bukan senang nak pilih orang yang betul-betul layak korang tahu?? jadi, kami aplikasikan frasa ni dalam hubungan....yela, ingat senang-senang je ke nak ambik orang tepi jalan jadi kau punya soulmate?? untung kau leh lah anak raja menyamar jadi pengemis sebab nak cari cinta sejati katenye..... cuba kalau sebaliknya??? kau fikir la sendiri apa nasib yang akan menimpa kau di masa depan....


2 : PENILAIAN PRESTASI.....ni ialah terjemahan frasa PERFORMANCE APPRAISAL.....sebab aku nak cakap pasal "calon" rasanya tak perlu la aku explain sampai prestasi yang itu pula kan??? prestasi kat sini merujuk sejauh mana nilai cinta korang akan bertahan....HR ni kalau korang nak tahu, mereka sangat cepat perasan akan perubahan walaupun setitik kuman....kami juga akan sedar cepat kalau korang cuba nak curang tak kira macam mana pun korang cuba berpura-pura atau bersungguh membodek....

3: PERANCANGAN KERJAYA atau frasa asalnya CAREER PLANNING....kami perlu fikir untuk jangka masa panjang....sebab tu korang akan nampak HR ni kurang bilangan ex'es nya.....sebabnya kami sedang menjaga reputasi agar tidak dipandang macam terlalu "murah"......jadi, kami memang ambil masa untuk melupakan ex'es kami....frasa I'M SINGLE AND I'M HAPPY WITH IT memang kami sangat suka.....*opinion*

4: LATIHAN DAN PEMBANGUNAN......kami amat mementingkan perkembangan dalam hubungan....hubungan yang berskala sama sahaja selama bertahun-tahun amat membosankan....jadi, kami sentiasa ada idea baru untuk memastikan hubungan kami berjalan lancar.....sebagai contoh, jika hubungan sudah sampai baru berpisah setelah spend time berjam-jam tapi sudah mengada-ngada nak text cakap rindu dah patut la fikir-fikir da cukup belom duit nak berstatus "berkahwin"....

5: KESIHATAN DAN KESELAMATAN.....normal kan kita akan suka orang yang sangat-sangat caring ngan kita???? kita nak orang tu selalu ambik berat pasal kita, tanya kita sihat ke tak, pesan kat kita selalu hati-hati turun tangga dan sebagainya......jadi, kami memang pilihan yang tepat....sebabnya kami akan call setiap 15 saat kalau kami dapat tahu kamu bersin semasa bercakap dengan kami.....kami juga akan sentiasa "keep eyes on you" untuk pastikan korang sentiasa "selamat"......

6: KLASIFIKASI / TAFSIRAN KERJA.....point ni khas untuk mereka yang dah "ter"kahwin ngan HR....juga boleh digunapakai untuk mereka yang akan "ter"kahwin ngan HR.....point ni sangat-sangat penting....sebabnya apa akan jadi kalau hubungan tu hanya bergantung pada sebelah pihak sahaja??? bukankah akan timbul ungkit-mengungkit pada masa depan......jadi, wajarlah jika kita sama-sama kongsi kerja kan??? contohnya, jika isteri memasak, apa salahnya suami tolong jadi teman masa isteri basuh pinggan???? kalau rasa susah sangat, fikirkan jela apa ganjaran apa yang akan korang dapat kalau buat-buat baik camtu.....aku taknak explain, korang fikir sendiri.....

So, sekarang dah boleh rajin-rajin jenguk bilik HR korang...hahahahhaha....